KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis teknologi
maklumat berusia 31 tahun trauma selepas perkenalannya dengan seorang wanita di
laman sembang sosial berakhir ugutan untuk menyebarkan video kurang sopan
mangsa di rumahnya di Taman Danau Desa, di sini, Jumaat lalu.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 6 petang itu,
mangsa yang melayari Internet menerima satu mesej daripada seorang wanita yang
ingin berkenalan dengannya.
Selepas membalas teguran berkenaan, wanita terbabit mencadangkan mereka berbual melalui telefon dan mangsa tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dengan ajakan itu.
“Wanita terbabit menghubunginya dan mereka
berbual sebelum mangsa menyedari dirinya dirakam melalui video kamera laman
sembang berkenaan dalam keadaan tidak sopan.
“Mangsa tersentak dan mengakhiri perbualan berkenaan yang berlangsung sejam,” katanya.
Difahamkan, selepas menamatkan perbualan itu, wanita terbabit mula mengganggu mangsa dengan menelefonnya berkali-kali jam 8 malam hingga 1 pagi keesokan harinya.
“Berkali-kali wanita terbabit menghantar SMS ugutan itu, malah bertindak melampau dengan menghantarnya kepada ahli keluarga serta rakan mangsa,” katanya.
Menurut sumber, mangsa yang tidak menyangka wanita terbabit bertindak melampaui batas membuat laporan polis kerana perkara itu menjatuhkan maruahnya selain mengancam keselamatannya.
No comments:
Post a Comment