KAPTEN skuad emas Sukan Sea Indonesia, Baddrol
Bakhtiar tetap menaruh harapan untuk beraksi dengan kelab Pelita Jaya FC
biarpun rundingan bersama Persatuan Bola Sepak Kedah masih belum mencapai kata
putus.
Pemain berusia 22 tahun itu berkata, dia
berminat mengembangkan kariernya bersama kelab Liga Super Indonesia itu jika
mendapat pelepasan majikannya.
“Perbincangan dengan kelab Indonesia (Pelita Jaya) masih di peringkat permulaan. Belum ada keputusan muktamad. Setakat ini saya masih pemain Kedah kerana mempunyai kontrak selama setahun lagi.
“Sebagai pemain profesional, saya memang mahu
bermain di luar negara untuk menimba pengalaman dan mengembangkan karier,”
katanya pada sesi ramah mesra skuad bawah 23 negara anjuran Nike Malaysia
semalam.
Turut sama dalam majlis itu adalah Mohd Muslim Ahmad, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, K Gurusamy, Mohd Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Irfan Fazail.
Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 100 peminat itu diadakan sebagai penghargaan atas kejayaan skuad muda negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Jakarta bulan lalu.
“Safee ada memberikan nasihat kepada saya mengenai saingan bola sepak di Indonesia. Mungkin dalam sehari dua lagi keputusan kedudukan saya akan dapat diketahui,” katanya.
No comments:
Post a Comment