Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

07 December, 2011

Perogol Bersiri Mengaku !!!


KOTA BHARU - Polis Kelantan masih menahan reman suspek perogol bersiri yang ditangkap Jumaat minggu lalu selepas lelaki tersebut membuat pengakuan terlibat dalam 26 kes rogol dan cubaan merogol di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis masih menahan lelaki berusia 29 tahun dari Bachok itu untuk siasatan terperinci supaya suspek dapat dihadapkan ke mahkamah atas kesalahannya.

Menurutnya, dengan penangkapan lelaki terbabit polis berjaya menyelesaikan 16 kes rogol (Seksyen 376 Kanun Keseksaan) dan 10 kes menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan (Seksyen 354 Kanun Keseksaan) dilakukan suspek sejak tahun 2009 lagi.
Bagaimanapun, Jalaluddin berkata, pihaknya perlu melakukan siasatan terperinci meliputi cap jari, DNA dan keterangan mangsa sebelum membolehkan suspek didakwa di mahkamah.

“Hasil siasatan awal juga mendapati tidak ada suspek lain yang terlibat dan lelaki ini sendiri mengaku merogol gadis terbabit dan mangsa sudah mengecamnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat berhubung Pelan Strategi Pencegahan Jenayah 2012 di IPK.

Jalaluddin berkata, suspek yang sudah dua kali berkahwin dan mempunyai seorang anak itu bukan sahaja merogol atau mencabul kehormatan bahkan terdapat tiga kes yang dia turut menyamun mangsa dan satu kes mencederakan.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan lelaki yang disyaki perogol bersiri ditangkap orang awam selepas cuba merogol seorang jurujual di sebuah bilik di Lembah Sireh.

Episod perogol bersiri itu berakhir apabila dia ditangkap selepas kawan kepada mangsa mendengar jeritan jurujual itu dan kemudiannya terdapat beberapa lelaki datang menangkapnya ketika cuba melarikan diri kira-kira jam 11 pagi sebelum diserahkan kepada polis.

Sebelum ini, polis mendedahkan lelaki berkenaan menggunakan modus operandi yang sama iaitu suspek menunggu mangsa berseorangan, mengacukan pisau dan mengikat mangsa sebelum merogol.

Jalaluddin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

“Polis mengalu-alukan kerjasama orang awam dan penghargaan akan diberikan kepada individu yang beri maklumat hingga tertangkap penjenayah tersebut,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...